search
  • 1.png
  • 2.png
  • 3.png
  • 4.png
  • 5.png

Cashflow untuk Keluarga

RM 25.00
- +
cart Add to Cart
Home

Penulis: Shamsuddin Kadir

ISBN: 9789830979144

Penerbit: Galeri Ilmu

Tahun Terbitan: 2020

Muka Surat: 208

Format: Softcover

Berat (kg): 0.3 

Dimensi (cm): 21.6 x 13.8 x 0.9


SINOPSIS


Apabila kita hanya membaca buku ini, kita mudah taksub dengan isi dan formula di dalam buku ini sahaja, tanpa meneruskan langkah menambahkan lagi ilmu-ilmu yang terkini dalam menguruskan cash flow untuk keluarga.


Proses pembelajaran harus diteruskan tanpa ada penghujungnya. Saat kita kata kita sudah pandai, itu tandanya kita sudah diperbodohkan oleh sandiwara dunia.


Buku ini adalah untuk kita meningkatkan kecekapan mengelolakan setiap duit dalam bentuk mata wang ringgit, untuk ditukar kepada jongkong emas, hartanah, saham di Bursa Malaysia dan lain-lain.


Tentang Penulis


Shamsuddin Kadir, Perunding Kewangan Rakyat, penulis lebih daripada 20 buah buku di Malaysia dan tiga daripadanya diterjemahkan dan diterbitkan di Indonesia sejak tahun 2007. Trainer korporat untuk meningkatkan integriti dan kualiti pekerja melalui pelbagai kursus; Kursus Kewangan Peribadi, Kursus Optimal Impact, Kursus Seni Mengurus Ego Pelanggan. Pengasas Kursus Kimoterapi Wang. Kursus Intensif Pra Persaraan untuk klien korporat, kursus di SK Training Academy (www.SK.my). Penerima Anugerah Finance Expert Speaker 2019 daripada Asean HR Awards. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insaniah Rakyat Malaysia yang melopori Korban Duit sejak Tahun 2013.


ANTARA KANDUNGAN


BAB 1: KELUARGA DAN KEWANGAN


Pecahan Untuk Pembahagian Kos Kehidupan, Cash Flow Untuk Sebuah Keluarga, Kos Perceraian, Nafkah Anak, Isteri Perlu Ada Pelaburan Sendiri, Bom Jangka Suami Isteri dan lain-lain


BAB 2: SIMPANAN DAN PELABURAN


Apabila Dapat Gaji/Rezeki, Tabung Kecemasan, Cash Flow Simpanan Bulanan, Simpanan Di Bank, Peraturan Pelaburan, Simpanan Mata wang Emas dan lain-lain.


BAB 3: PERSARAAN DAN FARAID


Dana Persaraan KWSP, Dana Persaraan PRS, Dana Persaraan Melalui Hartanah, Buka Akaun CDS Di Bursa Saham, Buka Akaun SSPN Untuk Setiap Anak, Sedekah Untuk Menghidupkan Jiwa, Dahulukan Adik-Beradik Dalam Bersedekah, Urus Harta Agih Pusaka, Perlu Deklarasi Harta Sepencarian dan lain-lain.


BAB 4: Bonus


Jenis Jutawan, Nilai Diri Yang Mahal, Jangan Berakhir Di Sini dan lain-lain


Your cart is currently empty.

Continue shopping