search
  • 11.png
  • 3.PNG
  • 4.PNG
  • 5.PNG
  • 6.PNG
  • 7.PNG
  • 8.PNG
  • 9.PNG
  • 10.PNG
  • 11.PNG
  • 2.jpg

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini

RM 23.00
- +
cart Add to Cart
Home

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini 

ISBN: 978-967-481-187-7

Penerbit: PTS

Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Tahun Terbitan: Cetakan enam, 2020

Muka Surat:192

Halaman: Berwarna

Format: Softcover

Berat (kg):0.30

Dimensi (cm): 22.9cm x 15.2cm x 1.1cm


SINOPSIS/SARI RANSANG


Keistimewaan Buku Ini:


- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.


- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.


- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.


- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.


Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi yang dicetak berwarna warni ini terbahagi kepada 3 bahagian.


Bahagian pertama bertajuk Melihat Anak Sebagai Amanah banyak menyentuh tentang tip pendekatan pendidikan anak-anak. Manakala dalam bab yang kedua pula bertajuk Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi banyak memberikan tip dan pendekatan pendidikan bersumberkan kisah para nabi. Bahagian ketiga pula adalah bonus, bagaimana mengurus anak bermain gajet.


Buku yang bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 tip untuk diamalkan oleh ibu bapa. Tip yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan idea dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan anak-anak.


Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada al Quran, hadis dan juga pandangan ulama. Selain itu buku ini juga amat istimewa kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah maklumat kepada para pembaca.


Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet. Maka buku ini tampil memberikan bonus bagi pembaca dengan memberikan bonus 13 tip mengurus anak bermain gajet. Antaranya menyenaraikan baik dan buruk gajet, ‘do and don’t’s’ serta banyak lagi.


Pendekatan penulisan yang mengambil kisah-kisah daripada al-Quran dapat mendorong dan menarik minat pembaca serta mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Selain itu penulis juga ada memberikan cadangan permainan yang kreatif contohnya permainan puzzle bahtera Nabi Nuh a.s.


Tip yang diberikan dalam buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan bacaan, ia mudah untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang diberikan.


Bagi ibu bapa yang tercari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan bimbangan.


Penulis buku ini merupakan insan yang tidak asing lagi di kaca TV mengendalikan program fiqah wanita, motivasi agama dan juga keibubapaan. Beliau yang dikenali sebagai Ustazah Isfadiah adalah graduan UIAM, merupakan mantan pensyarah di UIAM. Sekarang ini penulis aktif mengendalikan seminar dan program keibubapaan.



ANTARA ISI KANDUNGAN


Kata Pengantar

Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah


Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.


Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan


Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20


Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu


Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.


Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat


Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak


Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah


Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau


Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak


Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak


Bab 12: Tanamkan Azam dalam Diri Supaya Istiqamah dalam Mendidik Anak


Bab 13: Kenalkan Anak dengan Rukun Islam dan Rukun Iman


Bab 14: Perdengarkan Nasyid Ketuhanan


Bab 15: Asah Minda Anak dengan Kuiz


Bab 16: Latih Anak bagi Mengakui Kesilapan


Bab 17: Berzikir Bersama Anak dan Seluruh Ahli Keluarga


Bab 18: Kenali Fitrah Anak-Anak


Bab 19: Memberi Perhatian kepada Anak-Anak yang Aktif


Bab 20: Ajak Anak Bermain Sambil Belajar


Bab 21: Peka Terhadap Anak yang Gemar Meniru Tingkah Laku Orang Lain


Bab 22: Santuni Anak Ketika Berkomunikasi


Bab 23: Bersedia Berhadapan dengan Anak yang Suka Melawan dan Membantah


Bab 24: Ajari Anak Membezakan Antara yang Betul dan Salah


Bab 25: Aktifkan Peraturan di Rumah dengan Konsep Tegas, tetapi Mesra


Bab 26: Bersedia Melayan Anak yang Gemar Bertanya


Bab 27: Berikan Pujian dan Dorongan kepada Anak


Bab 28: Luangkan Masa untuk Anak yang Gemar Bermain dan Berjenaka


Bab 29: Wujudkan Persaingan Sihat dalam Kalangan Anak-Anak


Bab 30: Hargai Anak Lelaki, Puji Anak Perempuan


Bab 31: Rangsang Imaginasi Anak dengan Kisah Keagungan Allah s.w.t.


Bab 32: Galakkan Anak-Anak Mencuba Sesuatu yang Baru


Bab 33: Peka Perkembangan Bahasa Anak yang Cepat


Bab 34: Sokong Anak yang Cenderung Merungkai dan Mencantum


Bab 35: Sebut Kelebihan Anak-Anak


Bab 36: Bimbing Anak yang Sensitif dengan Sentuhan


Bab 37: Dengar Dua Kali Penjelasan Anak sebelum Buat Kesimpulan


Bab 38: Latih Anak Fokus untuk Cemerlang di Dunia dan Bahagia di Akhirat


Bab 39: Galakkan Anak Bereksperimen


Bab 40: Kenalkan dan Ajar Anak Sebut Kalimah Allah untuk Pupuk Rasa Cintakan Islam


Bahagian 2: Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi


Bab 81: Mendorong Potensi Anak seperti Nabi Adam a.s.


Bab 82: Memberi Peringatan ke Arah Kebaikan


Bab 83: Mengagihkan Tugas Mengikut Kecenderungan Anak-Anak


Bab 84: Pupuk Cita-Cita Anak


Bab 85: Sedia Berhadapan dengan Cabaran Mendidik Anak Erti Cinta


Bab 86: Ambil Peduli Pengurusan Ad-Dharurah


Bab 87: Ambil Iktibar dalam Kisah Dakwah Nabi Nuh a.s.


Bab 88: Bina Kesedaran Beragama dalam Diri Anak bahawa Iman Tidak boleh Diwarisi


Bab 89: Tanamkan Sifat Tidak Mudah Putus Asa


Bab 90: Berkat Doa Seorang Bapa


Bab 91: Wasiat Nabi Nuh a.s.


Bab 92: Jauhi Syirik dan Sifat Sombong


Bab 93: Jadikan Hikmah Doa Nabi Ibrahim a.s. sebagai Inspirasi


Bab 94: Mementingkan Kewajipan Bersolat Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s.


Bab 95: Fahamkan Anak Perkara yang Dituntut dalam Solat


Bab 96: Teruskan Berdoa supaya Zuriat Dapat Menggalas Tanggungjawab


Bab 97: Tanamkan Sifat Mengutamakan Allah s.w.t. dalam Segala Hal


Bab 98: Menghargai Pengorbanan Ibu yang Tiada Tandingannya


Bab 99: Meletakkan Matlamat yang Jelas dalam Mendidik Anak


Bab 100: Contohi Siti Hajar dalam Pengurusan Anak Perempuan


Bab 101: Sepakat Mengemudi Rumah Tangga untuk Panduan Anak-Anak


Bab 102: Konsep Kerjasama Nabi Ibrahim a.s. sebagai Inspirasi


Bab 103: Berusaha Meraih Kebaikan dengan Amal Kebajikan


Bab 104: Bahagikan Tugas Mengikut Kepakaran Anak-Anak


Bab 105: Pupuk Budaya Kerjasama untuk Capai Matlamat


Bab 106: Akhiri Usaha dengan Doa dan Tawakal kepada Allah SWT


Bab 107: Sabar Membina Komitmen


Bab 108: Galakkan Anak Berdikari


Bab 109: Bersedia Ajari Anak Rela Untuk Taat


Bab 110: Ibu Bapa Perlu Lebih Mendengar


Bab 111: Menjadi Semulia Siti Sarah; Benci Apa Yang Allah S.W.T Benci


Bab 112: Gembira dan Besyukur dengan Perancangan Allah S.W.T


Bab 113: Tanamkan Sifat Penyayang pada Ummah


Bab 114: Ingatkan Anak Supaya Bersangka Baik kepada Allah S.W.T


Bab 115: Muliakan Tetamu seperti Nabi Ibrahim A.S


Bab 116: Mencontohi Ketokohan Nabi Ismail A.S


Bab 117: Bangunkan Jiwa dan Pemikiran Islam dalam Diri Anak


Bab 118: Awasi Persaingan Adik-Beradik; Nabi Ya'aqub A.S dan Aaishu


Bab 119: Jadikan Kisah Ya'aqub A.S dan Anak-anak sebagai Pengajaran


Bab 120: Pasang Strategi Supaya Anak Memiliki Sifat Cemburu yang Positif


Bab 121: Ambil Peduli Firasat Keibubapaan Terhadap Anak-anak


Bab 122: Latih Anak Atur Strategi Berkesan


Bab 123: Meransang Otak Kreatif Sejak Kecil


Bab 124: Matlamat yang Jelas


Bab 125: Elakkan Rasa Dendam dan Iri dengan Menghubungkan Silaturrahim


Bab 126: Didik Hati Lakukan Amal Kebajikan


Bab 127: Kenali Erti Tangisan


Bab 128; Meletakkan Pergantungan Hanya pada Allah S.W.T


Bab 129: Bina Rasa Kepercayaan dan Keyakinan seperti Nabi Yusuf A.S


Bab 130: Ajar Anak Ilmu Kemahiran dengan Menyediakan Persekitaran yang Selamat


Bab 131: Sabar dalam Meningkatkan Keimanan Kepada Allah S.W.T


Bab 132: Sedia Berhadapan Situasi Cinta dan Angau Anak Remaja


Bab 133: Amalkan Interaksi Positif Bersama Anak dan Sabar dengan Karenah Mereka


Bab 134: Tenangkan Diri Menghadapi Buli


Bab 135: Bina Silaturahim dengan Akhlak dan Kesabaran


Bab 136: Didik Anak Teguh Pendirian Mendepani Persekitaran yang Tidak Baik


Bab 137: Bentuk Persekitaran Setempat yang Positif


Bab 138: Bangkitkan Semangat Positif Sejak Anak dalam Kandungan


Bab 139: Bergaul dengan Ilmu


Bab 140: Jaga Perkataan, Jaga Pemakanan

 

Bahagian Bonus: 13 Tip Mengurus Anak Bermain Gajet


Rujukan


Your cart is currently empty.

Continue shopping