search
  • 31.png
  • 10.JPG
  • 11.JPG
  • 12.JPG
  • 13.JPG
  • 14.JPG
  • 15.JPG
  • 16.jpg
  • IMG_20210225_113533_644.jpg
  • IMG_20210225_113537_144.jpg

Kombo Set 100% Muslimah

RM 145.00
- +
cart Add to Cart
Home

Kombo Set 100% Muslimah 

Penulis: Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Muyassaroh Zuhri, Ririn Rahayu & Nani Latifah 

Penerbit: PTS Publishing House

ISBN: 978-967-481-603-2

Tahun Terbitan: 2021

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 2.065

Dimensi (cm): 20.2x 28.3 x 7.2 

Jumlah Muka Surat:


- 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah: 572

- Zikir & Doa Muslimah: 196

- 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia: 467

- Hijrah Muslimah Milenial: 282

 

Set 100% Muslimah adalah sebuah set premium yang terdiri daripada 4 buah buku khusus buat muslimah.


Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenial ini. Muslimah milenial yang disebutkan, tidak terhad kepada muslimah yang masih belia dan mereka yang bergelar generasi Z sahaja. Sebaliknya, semua muslimah yang masih wujud mengisi keindahan alam milenial ini.


Zaman milenial yang indah dan canggih ini bukan sahaja menjadikan golongan ini semakin disayangi dan disanjung, malah juga membawa dan membuka pintu fitnah yang lebih besar berbanding sebelumnya. Justeru itu, Set 100% Muslimah ini diwujudkan sebagai panduan dan menjadi teman penyelamat kepada semua muslimah di luar sana.


Dua buah buku daripadanya memfokuskan kepada motivasi dan membangkitkan semangat supaya berlaku perubahan positif dalam diri setiap muslimah yang membacanya. Manakala, dua buah buku lagi menjelaskan beberapa teknik dan amalan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian setiap muslimah, baik yang muda ataupun yang sudah berusia. Semuanya, khusus untuk dikau muslimah.


Dengan sentuhan dan garapan istimewa daripada tokoh muslimah Malaysia, Ustazah Datuk Dr. Nor Hafizah Musa dan beberapa orang tokoh hebat lagi, mudah-mudahan sebuah set ini dapat melahirkan lebih ramai lagi muslimah yang kuat, hebat, cantik, bahagia dan sejahtera intelektual, spiritual dan emosional di Malaysia ini.



5 Sebab Mengapa Set 100% Muslimah WAJIB Dimiliki


- Mengandungi 4 buah buku yang menekankan 4 konsep utama iaitu Muslimah Millenial,Wonderful -Muslimah, Muslimah Bahagia, dan Muslimah Solehah.

- Muslimah Millenial dan Wonderful Mulimah menekankan 7 aspek utama yang fokus kepadamotivasi untuk keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah.

- Muslimah Bahagia dan Muslimah Solehah pula menitikberatkan soal teknik dan amalan yangjuga menekankan 7 aspek utama dalam kehidupan.

- Set ini adalah produk yang dinukilkan istimewa bagi membina keperibadian dan keterampilan 100% Muslimah.



Buku 1: Hijrah Muslimah Milenial


Buku 2: 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah


Buku 3: 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia


Buku 4: Zikir dan Doa Muslimah Solehah




Set 100% Muslimah mengandungi 4 buah buku yang menekankan 4 konsep utama iaitu Muslimah Millenial, Wonderful Muslimah, Muslimah Bahagia, dan Muslimah Solehah. MILLENIAL merujuk pada semua Muslimah yang hidup pada zaman millennial tanpa mengira usia, pangkat, dan darjat. Muslimah Millenial dan Wonderful Mulimah menekankan 7 aspek utama yang fokus kepada motivasi untuk keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah. Muslimah Bahagia dan Muslimah Solehah pula menitikberatkan soal teknik dan amalan yang juga menekankan 7 aspek utama dalam kehidupan. Set ini adalah produk yang dinukilkan istimewa bagi membina Muslimah 100%.


Alangkah ruginya seorang Muslimah andai hidupmu tidak bahagia....” Islam mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya. Mustahil sekiranya seseorang wanita itu tidak berasa bahagia dengan kehidupannya. Walhal dalam Islam, yang dilihat ‘tidak bahagia’ itu hanya daripada persepsi dan pandangan sesetengah individu sahaja tanpa

melihat pada situasi seseorang yang dinilai tanpa ilmu.


Buku ini memberikan 1000 tip bagaimana menjadi Muslimah yang bahagia di dunia dan bahagia juga di akhirat kelak. Wanita yang bahagia dinilai daripada pelbagai aspek. Buku ini memfokuskan kepada 7 aspek kebahagiaan utama seorang muslimah, iaitu keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah. Tumpuan buku ini berbicara soal kehidupan yang di dalamnya membicarakan soal hukum-hakam dan garis panduan yang mengikut acuan Islam.


Buku ini distrukturkan dalam bentuk tulisan yang mudah serta panduan yang praktikal. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan perkara-perkara yang dianjurkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, hukum-hakam, kaedah dan panduan serta ibrah tauladan mengikut syariat Islam. Ia sesuai menjadi panduan untuk semua termasuk para Muslimah di luar sana.


Maklumat 4 Buah Buku dalam Set 100% Muslimah


1) Hijrah Muslimah Milenial

Buku Hijrah Muslimah Milenial sebuah buku genre motivasi yang ditulis khas dengan kandungan istimewa untuk golongan Muslimah. Buku ini memfokuskan kepada peningkatan nilai dan kualiti diri Muslimah pada zaman milineal yang kian mencabar ini. Antara 7 perkara yang dibincangkan adalah hijrah Muslimah dan Rabb-Nya, Muslimah dan prestasi, Muslimah dan cinta, Muslimah dan media sosial, Muslimah dan pergaulan, Muslimah dengan alam sekeliling, serta Muslimah dan produktiviti. 7 aspek utama yang disediakan dalam buku Hijrah Muslimah Milenial ini bukanlah semata-mata tumpuan hijrah yang biasa bagi seorang muslimah. Sebaliknya, tujuh perkara tersebut adalah merangkumi aspek yang luas dan pelbagai. Bahkan juga tersusun mengikut prioriti dan tumpuan bertahap.


2) Zikir dan Doa Muslimah Solehah

Buku Zikir dan Doa Muslimah Solehah adalah sebuah buku kompilasi doa-doa yang dikumpulkan khas untuk amalan harian muslimah. Buku ini mengandungi 3 bahagian, iaitu, bahagian pertama; panduan berdoa, bahagian kedua; doa amalan harian, dan bahagian ketiga; bonus doa dan zikir. Zikir dan doa yang disediakan dalam buku ini semuanya sudah disemak sumber dan diyakini boleh dijadikan amalan harian dan mudah-mudahan mendapat fadhilat daripadanya.


3) 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia Dunia dan Akhirat

Buku 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia Dunia dan Akhirat adalah sebuah buku yang merangkumi tip-tip yang boleh dijadikan pilihan tindakan yang boleh dilakukan oleh muslimah dalam kehidupan sehariannya. 1000 tip yang disediakan adalah tip praktikal yang diambil daripada 200 hadith pilihan Rasulullah s.a.w. Hadith yang dipilih, mewakili beberapa kategori, seperti, hadith berkaitan keluarga bahagia, kesihatan, keusahawanan, komunikasi, kepimpinan, hiburan dan juga ibadah solat. Kesemua bab ini dipecahkan pula kepada beberapa kategori kecil yang lain. Setiap bab, akan disediakan satu hadith beserta takhrijnya, kemudian diberikan beberapa penjelasan dalam pelbagai bentuk, seperti fakta, kajian, kata ulama, doa dan amalan, dan lain-lain lagi. Kemudian, daripada hadith tersebut, dikeluarkan 5 tip yang praktikal, mudah dan relevan untuk diamalkan oleh semua muslimah.


4) 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah

Islam sangat mencintai kaum wanita. Wanita digelar sebagai Muslimah dalam Islam. Muslimah dihormati dan dihargai dengan cara yang mulia. Muslimah perlu mendekatkan diri dengan Allah SWT supaya hidup sentiasa diberkati. Muslimah juga berhak memiliki impian. Bahkan mereka dapat menggapai impian yang dicita-citakan tanpa perlu meninggalkan sifat-sifat semula jadi seorang wanita. Muslimah hebat bukan diukur pada tinggi tahap pendidikannya, bukan juga diukur pada gaya pemakaiannya, tetapi cara berfikir yang positif dan istiqamah menulu ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Buku 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah mempunyai 99 cara dan tip bagi menjadi Muslimah hebat bukan sahaja pada mata manusia, namun yang lebih utama hebat di sisi Allah s.w.t. 



Pengenalan dan Perkara Penting dalam Set 100% Muslimah


1.jpg


Buku 1: 1000 Tips Menjadi Muslimah Bahagia


Pengenalan

Berdasarkan buku 1000 tips menjadi muslimah bahagia ini terdapat 7 pecahan yang bukan sahaja bahagia di dunia, malah bahagia di akhirat. Buku ini dibuat untuk memberikan tips yang berguna buat para muslimah yang ingin bahagia dalam kehidupan. Tips yang diberikan juga dapat menjadikan muslimah hebat dalam mencari kebahagiaan hidup mereka. Walaubagaimana pun, dapat dilihat bahawa dapat memberikan garis panduan kepada wanita yang ingin menjadi muslimah yang mengikut syariat Islam.


3 perkara dalam 1000 tips menjadi muslimah bahagia


  1. Tips ini banyak menumpukan pelbagai segi dalam kehidupan para muslimah.
  2. Menjadi seorang muslimah yang tidak mencela dengan kekurangan orang lain.
  3. Komunikasi sangat penting tetapi gunalah cara komunikasi gaya Rasulullah s.a.w. kerana dengan cara itu menjadikan satu komunikasi yang lebih lembut penyampaiannya.


2.jpg


BUKU 2: Zikir dan Doa Muslimah Solehah


Pengenalan

Buku ini adalah panduan dan amalan yang boleh membantu para muslimah untuk menjadi lebih baik samada di dunia atau di akhirat. Zikir dan doa muslimah solehah ini adalah satu doa yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Walaubagaimana pun, zikir dan doa ini sangat penting bagi orang Islam untuk meminta pertolongan dari-Nya serta doa ini dapat memberi ketenangan dalam hidup kita.


3 perkara dalam Zikir dan Doa Muslimah Solehah

  1. Doa bagi masalah hati
  2. Doa bagi masalah karier dan perniagaan
  3. Doa aktiviti 24 jam



3.png


BUKU 3: Hijrah Muslimah Milenial


Pengenalan


Buku ini menceritakan tentang perkara-perkara yang berlaku pada zaman milenial ini. Hal ini kerana, muslimah tidak terkecuali dengan peredaran semasa yang semakin canggih dan cabaran dunia yang telah berlaku. Berdasarkan buku ini dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai aspek yang boleh menjadikan seorang muslimah itu lebih produktif dalam pelbagai perkara. Ini kerana hijrah muslimah milenial ini merujuk kepada muslimah di zaman sekarang yang sangat moden dan mudah terpengaruh dengan trend pada masa ini.


3 perkara dalam Hijrah Muslimah Milenial

1. Muslimah dan Rabb-nya ini tentang hubungan kita dengan-Nya iaitu cara muslimah mendekati Allah s.w.t. untuk menjadi baik

2. Muslimah dan media sosial tidak boleh dipisahkan kerana bagi mereka media sosial sangat penting dan menjadi trend dalam kehidupan untuk memuat naik sesuatu isu yang dijadikan bahan untuk dibualkan

3. Muslimah dan produktiviti ini merujuk kepada muslimah masa ini yang sangat moden dan juga berkualiti dalam pelbagai perkara. Namun begitu, muslimah di zaman milenial ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang sangat besar.


4.png


BUKU 4: 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah


Pengenalan


Buku ini menceritakan tentang cara-cara atau jalan untuk para muslimah menjadi muslimah yang lebih hebat. Hal ini demikian kerana, buku ini dapat menjadikan muslimah itu menjadi lebih muhasabah dan dapat memperbaiki kekurangan diri untuk menjadi muslimah hebat dalam melakukan pelbagai perkara.

Walaubagaimanapun, buku ini dapat menjadikan seseorang muslimah tersebut boleh menjadikan muslimah tersebut positif dan lebih berprinsip dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. apabila menuju kebaikan.


3 perkara dalam 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah

  1. Muslimah untuk menjadi seorang yang hebat dan istimewa oleh Allah s.w.t.
  2. Menjadi muslimah yang bersangka baik dengan Allah s.w.t. jika mendapat sesuatu petunjuk dari-Nya
  3. Pakaian yang mengikut syariat
  4. Langitkan segala doa. Berdasarkan tajuk tersebut dapat disimpulkan bahawa doa selagi mampu kerana doa adalah senjata orang Islam.

Your cart is currently empty.

Continue shopping