search
  • 67.png
  • 3.JPG
  • 4.JPG
  • 2.JPG
  • 5.JPG
  • 6.JPG
  • 7.JPG
  • 8.JPG
  • 9.png

Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan

RM 35.00
- +
cart Add to Cart
Home

Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan 

Penerbit: Maleq Rezki Enterprise

Penulis: Mohamad Azlan Al Amin

ISBN: 9789839670000

Tahun Terbitan: 2020

Muka Surat: 310

Halaman: Hitam Putih & Berwarna

Format: Soft Cover

Berat (kg): 0.48

Dimensi (cm): 21.6 x 14.1 x 1.9


Ini kisah benar. Dulu pengutip sampah, kini bergelar jutawan hartanah pada usia 24 tahun. Inilah bukti kasih sayang Allah, yang Maha Pemberi untuk melahirkan lebih ramai pemberi. Daripada pengutip sampah, menjadi pemilik limpahan harta yang barakah.


21 ORANG ADIK-BERADIK:

KELUARGA TERMISKIN DI BESUT.


HANYA TINGGAL RM1.30:

ITU SAHAJA DUIT YANG ADA DI TANGAN.


UMUR 24 TAHUN JADI JUTAWAN:

EJEN JUALAN & PEMAJU HARTANAH.


SINOPSIS


Allah beri jalan keluar yang tidak disangka & rezeki yang tidak terhitung kepada hamba-Nya yang bertakwa. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Buya Hamka, “Ketika semua pintu di bumi sudah tertutup, yakinlah pintu ke langit sentiasa terbuka!”



HIKMAH KEMISKINAN


Beliau lahir dalam keluarga miskin tegar. Mempunyai 21 adik-beradik seibu seayah. 5 daripadanya meninggal dunia sewaktu kecil. Mereka pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Kg. Tok Raja, Besut, Terengganu. Kemiskinan menjadikan mereka menghargai apa sahaja nikmat yang ada asalkan halal dan penuh keberkatan.


DIARI PENGUTIP SAMPAH


Selepas tamat persekolahan, beliau menjadi pengutip sampah. Itu sahaja pilihan pekerjaan yang ada. Air mata ibunya tumpah apabila melihat ulat-ulat sampah keluar menggelitik dari kocek baju & kasut yang dipakai. Selepas itu, beliau menjadi kelindan lori dan diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.


PERJALANAN BERMULA


Kebun jagung musnah dilanda ribut. Rakan kongsi satu per satu menarik diri. Hubungan keluarga juga berantakan kerana masalah yang datang bertalu-talu. Buntu & tertekan, beliau nekad meninggalkan kampung halaman. Pertemuan dengan Cikgu Halim menjadi detik permulaan beliau menjadi ejen jualan tanah.


TITIK PERUBAHAN

Bermodalkan RM50 & kereta buruk yang dipinjam, beliau mengedar risalah promosi lot tanah. Untuk pertama kali dalam hidupnya, beliau berjaya menjual dua lot tanah dan mendapat komisen sebanyak RM4,000. Pendapatan itu mengatasi gaji bulanan sesetengah pekerjaan. Beliau yakin sekiranya berusaha lebih bersungguh-sungguh, tidak mustahil beliau boleh mendapat imbuhan lebih daripada itu. Semangatnya kian membara. Siapa percaya, dalam tempoh enam bulan sahaja, beliau berjaya meraih pendapatan lebih RM500,000.


KEAJAIBAN SEDEKAH

Hasrat untuk membeli kereta terpaksa dilupakan. Dia perlu membayar yuran universiti adiknya. Walaupun hanya berulang-alik dengan motor, Allah balas kebaikannya dengan ganjaran yang lebih besar. Puluhan ribu komisen diperolehi melalui jualan lot tanah. Namun, duit itu digunakan untuk membina rumah ibu & ayahnya. Beliau juga membiayai sepenuhnya pengajian 18 orang pelajar miskin dari Kemboja. Benarlah janji Allah. Dengan sedekah yang ikhlas, Allah akan lipat gandakan pahala serta keberkatan rezeki kita.


JUTAWAN MUDA HARTANAH


Bermula sebagai ejen jualan tanah lot, beliau menubuhkan syarikat sendiri & membeli hartanah pertama pada harga hampir RM300 ribu. Namun, kerana kurang pengalaman, hartanah yang dibeli tidak dapat dimajukan & beliau hampir tersungkur. Setelah halangan dapat diatasi, beliau mengorak langkah dengan berhati-hati. Beliau & syarikatnya menguasai hartanah di sekitar Terengganu dan Kelantan dengan pelbagai projek perumahan & pembinaan yang bernilai ratusan hingga jutaan ringgit.


9.jpg


KENAPA PERLU DAPATKAN BUKU INI?


Jika ada satu buku sahaja yang perlu dibaca pada tahun ini, maka inilah bukunya. Kisah benar penuh inspirasi. Perjuangan untuk keluar dari belenggu kegagalan. Buku ini adalah pemudahcara & panduan yang praktikal untuk semua yang mengimpikan kejayaan.


Apabila penat dengan urusan dunia, berehatlah dengan solat.

Setiap kesulitan, Allah datangkan kemudahan. Tatkala rasa terbeban dengan ujian dunia yang berat, percayalah bahawa rahmat & pertolongan Allah akan datang kepada hamba-Nya yang yakin. Bantuan daripada Allah datang dalam pelbagai bentuk & tanpa disangka-sangka. Tiada usaha kita yang Allah akan sia-siakan. Tugas kita sebagai manusia untuk berusaha & bertawakkal. Buku ini memanifestasikan perjalanan hidup, jatuh bangun & kisah perjuangan seorang hamba Allah yang dulunya miskin harta, dan kini diberi nikmat dunia menjadi jutawan hartanah.

10.jpg



SIAPA BELIAU?

KITA BERMUSUH DENGAN APA YANG KITA TAK TAHU. TAK KENAL, MAKA TAK CINTA.


11.png


MOHAMAD AZLAN AL-AMIN


PERJALANAN BERMULA

Beliau lahir pada 23 September 1987 dan mempunyai 21 adik-beradik seayah & seibu. Namun, 5 orang daripadanya meninggal sewaktu kecil. Bidang akademiknya tidak menyerlah & sering menjadi pelajar tercorot dalam kelas paling belakang. Kerana masalah disiplin, beliau pernah dibuang sekolah. Bermula sebagai pengutip sampah & melakukan pelbagai lagi kerja berat, beliau memulakan penanaman jagung. Namun, kegagalan demi kegagalan menimpa diri. Ramadan 2010, segalanya mula berubah apabila beliau menjadi ejen jualan tanah lot. Sehari sebelum menjadi ejen hartanah, beliau hanya ada wang sebanyak RM1.30, sekadar cukup cukup untuk beliau membeli sebotol air dan sekeping roti sebagai juadah berbuka.


HIDUP SEDERHANA

Biarpun bergelar jutawan pada usia muda, kehidupan beliau cukup ringkas tidak bersalut kemewahan. Beliau membeli beberapa bidang tanah di kampung kelahirannya di Besut dan mewakafkannya untuk surau & kompleks tahfiz. Masanya diluangkan di pusat tahfiz dengan mempelajari kitab-kitab agama. Sesiapa saja boleh bertemu dan berurusan dengan beliau di situ.

Your cart is currently empty.

Continue shopping