search
  • Frame cover buku Shopee - 14.png
  • 3.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • Bab 98.jpg
  • Bab 109.jpg
  • Bab 142.jpg
  • IMG_20210309_100159_535.jpg

Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Hardcover)

RM 102.00
- +
cart Add to Cart
Home

Tajuk: Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Hardcover)
ISBN: 978-967-366-133-6
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Terjemahan Imam Nawawi
Tahun Terbitan: Cetakan keempat belas, 2021
Muka Surat: 1,047
Halaman: Hitam Putih
Format:  Hardcover
Berat (kg): 1.81
Dimensi (cm): 25.5 x 18.5 x 5.4


RUJUKAN SAHIH:

Kitab ini menjadi rujukan utama para ulama dan orang Islam di seluruh dunia.

 

KARYA AGUNG: 

Tulisan anak murid Imam Syafie, iaitu Imam Nawawi yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam.

 

KITAB MUKTABAR: 

Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu.

 

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.

Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Isi kandungan kitab ini dikupas dan ditulis mengikut rujukan al-Quran dan hadis yang sahih. Pengarang kitab ini adalah ulama agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

Al-Quran sebagai petunjuk. Kitab agama sebagai rujukan. Riyadus Solihin adalah antara satu kitab yang perlu ada di setiap rumah, surau & masjid. 

 

 

Keistimewaan kitab ini:



• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik

• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah

• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta

• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan

• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luasdan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah

 

KITAB MUKTABAR, ULAMA AGUNG

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

 

RUJUKAN SAHIH, PETUNJUK YANG SEBENAR

Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.

Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.

 

AMALKAN SUNNAH, JAUHI BIDAAH

Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi apabila kita berada pada akhir zaman.  Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Bagi mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu atau sesat dalam kejahilan, kitab ini dapat menjadi pembimbing dan penyelamat kita.

 

TAMAN ORANG SOLEH

Itulah makna bagi Riyadus Solihin, "Taman Orang Soleh". Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman rohani yang membenihkan amal dan menyuburkan iman. Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah.

 

SATU RUMAH, SATU RIYADUS SOLIHIN

Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, "Taman Orang Soleh" sangat wajar menjadi pelengkap bagi menghiasi rumah kita. Rumah yang dihidupkan dengan bacaan quran dan disuburkan dengan budaya ilmu adalah pakej lengkap sebuah rumah tangga yang bahagia lagi dirahmati Allah.

 

TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

Kitab asal dalam bahasa Arab ini diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Semoga usaha ini dapat menyebarluaskan lagi manfaat dan hikmah yang terkandung dalam kitab ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat melahirkan lebih ramai ilmuwan Islam, generasi yang berilmu serta ulul albab yang akan menjadi khalifah bagi memimpin ummah.

 

ULAMA AGUNG, GARUDA ISLAM

Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam Al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah. Nama sebenar Imam Nawawi adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Nawa, tidak jauh di luar kota Damsyik (Damascus) di Syria, pada tahun 631 Hijrah bersamaan tahun 1233 Masihi. Gelaran Nawawi berasal daripada nama kampungnya, Nawa.

 

ILMUWAN & TOKOH ULAMA

Beliau membesar di Nawa sehingga berusia 19 tahun. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Damsyik dan tinggal di sana. Pada awalnya, beliau meminati bidang perubatan, tetapi kemudian menukar fikirannya dan beralih sepenuhnya kepada bidang agama yang diminatinya. Selepas tamat pengajian, beliau terus tinggal di kota itu sambil berkarya dan berkuliah dalam mata pelajaran yang dianggap penting pada masa itu.

Beliau kemudian pulang dan menetap di kampung asalnya, Nawa dan meninggal dunia pada usia 46 tahun, tahun 676 Hijrah bersamaan 1278 Masihi. Sepanjang usianya,beliau tidak pernah berkahwin dan menumpukan seluruh hidupnya dalam agama.

Antara karyanya yang terkenal adalah Riyadus Solihin, Syarah Sahih Muslim, Al-Azhar, Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, Al-Irshad wal-Taqrib fi Ulum al-Hadith, dan Al-Minhaj. Karya Syarah Muslim digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang hadis. Manakala, karya al-Minhaj digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang fikah.



ANTARA ISI KANDUNGAN



Bab 1 Ikhlas

Bab 2 Taubat

Bab 3 Sabar

Bab 4 Bersifat Benar

Bab 5 Berasa Bawah Pengawasan Allah

Bab 6 Takwa

Bab 7 Yakin dan Tawakal

Bab 8 Istiqamah

Bab 9 Galakan Berfikir

Bab 10 Segera Melakukan Perkara Baik

Bab 11 Melakukan Sesuatu dengan Bersungguh-Sungguh

Bab 12 Galakan Menambah Amalan Baik pada Akhir Umur

Bab 13 Jalan-Jalan Kebaikan

Bab 14 Sederhana dalam Beribadat

Bab 15 Memelihara Kelangsungan Amalan

Bab 16 Perintah Memelihara Sunah Nabi Muhammad

Bab 17 Wajib Mengikut Hukum Allah

Bab 18 Larangan Bidaah

Bab 19 Memulakan Perbuatan Baik

Bab 20 Menunjukkan Perbuatan Baik

Bab 21 Tolong-Menolong dalam Melakukan Kebaikan dan Takwa

Bab 22 Nasihat

Bab 23 Menggalakkan Kebaikan dan Mencegah Kejahatan

Bab 24 Cakap Tidak Serupa Bikin

Bab 25 Menunaikan Amanah

Bab 26 Haram Menzalimi

Bab 27 Menghormati dan Mengasihi Orang Islam

Bab 28 Menutup Keburukan Orang Islam

Bab 29 Memenuhi Keperluan Orang Islam

Bab 30 Menyalurkan Bantuan

Bab 31 Mendamaikan Sesama Manusia

Bab 32 Kelebihan Orang Islam yang Lemah dan Miskin

Bab 33 Bersikap Lemah Lembut kepada Golongan yang Lemah

Bab 34 Berlemah Lembut dengan Wanita

Bab 35 Hak Suami

Bab 36 Perbelanjaan untuk Ahli Keluarga

Bab 37 Beri Hadiah yang Terbaik

Bab 38 Pastikan Orang Bawahan Mentaati Allah

Bab 39 Hak Jiran

Bab 40 Menghormati Orang Tua

Bab 41 Haram Menderhakai Ibu Bapa

Bab 42 Buat Baik dengan Rakan Bapa

Bab 43 Memuliakan Ahli Keluarga Nabi Muhammad

Bab 44 Memuliakan Ilmuan, Orang Tua, dan Orang Mulia

Bab 45 Menziarahi Orang Baik-baik

Bab 46 Berkasih kerana Allah

Bab 47 Cinta Allah

Bab 48 Tegahan Menyakiti Orang Baik

Bab 49 Menghukum Berdasarkan Bukti Zahir

Bab 50 Takut kepada Allah

Bab 51 Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Bab 52 Keutamaan Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Bab 53 Antara Takut dan Harap

Bab 54 Kelebihan Menangis

Bab 55 Kelebihan Miskin

Bab 56 Kelebihan Lapar dan Hidup Sederhana

Bab 57 Berpuas Hati dengan Nikmat

Bab 58 Boleh Menerima Pemberian sekiranya Tidak Meminta-Minta

Bab 59 Galakan Bekerja Sendiri

Bab 60 Murah Hati dan Dermawan

Bab 61 Larangan Bersifat Bakhil

Bab 62 Mengutamakan Keperluan Orang Lain

Bab 63 Berlumba-Lumba Mencari Nikmat Syurga

Bab 64 Kelebihan Orang Kaya yang Bersyukur

Bab 65 Mengingati Mati

Bab 66 Doa Ziarah Kubur

Bab 67 Larangan Mengharap supaya Dimatikan Segera

Bab 68 Meninggalkan Perkara yang Diragui

Bab 69 Menjaga Maruah Diri

Bab 70 Kelebihan Bergaul dengan Masyarakat

Bab 71 Merendah Diri

Bab 72 Diharamkan Sifat Takbur

Bab 73 Baik Budi Pekerti

Bab 74 Tenang Selalu

Bab 75 Selalu Memaafkan

Bab 76 Menanggung Keperitan

Bab 77 Marah apabila Hukum Allah Dilanggar

Bab 78 Mengasihi Orang Bawahan

Bab 79 Pemimpin Adil

Bab 80 Wajib Mentaati Pemimpin

Bab 81 Larangan Meminta Jawatan

Your cart is currently empty.

Continue shopping